Lelaki dakwa pasangan khalwat sebagai ibunya

Jakarta: Bagi mengelak ditangkap kerana berkhalwat, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun terpaksa mengakui teman wanita sebagai ibunya.

Ketika kejadian, dia ditemui di dalam bilik hotel di Jambi, Sumatera, bersama-sama wanita berusia 40 tahun.

Selepas diasak berulang kali oleh kakitangan pihak berkuasa, dia akhirnya berterus terang dan mengakui bahawa wanita itu bukan ibunya.

Tribun News melaporkan dia dan pasangan yang berusia 40 tahun itu dicekup dalam satu operasi cegah maksiat.

Difahamkan, wanita berstatus ibu tunggal dan mempunyai dua anak itu sanggup terbang dari Jakarta untuk bertemu dengan kekasihnya.

Mereka juga berkenalan menerusi Facebook (FB).

Ketua Operasi, Sandi Mutaqin berkata, pasangan itu pada mulanya tidak memberi kerjasama dan enggan membuka pintu bilik hotel berkenaan.

Beliau berkata, selepas beberapa kali, akhirnya individu berkenaan membuka pintu bilik.