Lelaki seludup jongkong emas dalam dubur

Kerala: Cara berjalan pelik membongkar rahsia seorang lelaki di India menyeludup jongkong emas yang disorok di dalam duburnya di Lapangan Terbang Kannur di sini.

Suspek warga tempatan itu tiba dengan menaiki penerbangan GoAir dari Dubai ke Kerala kemudiannya disedari dalam keadaan mencurigakan oleh kakitangan lapangan terbang terbabit.

Portal berita ladbible.com melaporkan, lelaki terbabit kemudiannya ditahan untuk pemeriksaan lanjut.

Dia ditahan Unit Risikan Lapangan Terbang dan akhirnya menemui jongkong emas seberat lebih satu kilogram (kg) disorok suspek di duburnya.

Walaupun cuma bertindak seakan tiada apa yang cuba disembunyikan namun pemeriksaan lanjut akhirnya menemui jongkong emas berkenaan.

Pemeriksaan dijalankan di kawasan khas di lapangan terbang berkenaan dan menemui ‘kargo kecil’ yang dibawa suspek.

Suspek mengakui bertindak sedemikian kerana enggan membayar cukai emas sebanyak 18 peratus sebaik mendarat di lapangan terbang berkenaan.

Selepas dirampas, jongkong emas itu ditimbang dengan berat 1.4 kg dan suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

India mengenai cukai emas kepada penumpang yang membawa barangan kemas dari luar negara.