Letupan Lubnan, ‘serangan mengerikan’ – Trump

Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS) menyifatkan letupan yang menggegarkan Beirut sebagai ‘serangan yang mengerikan’.

“Kita mempunyai hubungan yang baik dengan penduduk Lubnan dan akan cuba membantu mereka. Ia adakan serangan yang amat teruk,” Trump memberitahu pemberita di White House.

Dua letupan menggegarkan pelabuhan di Beirut pada Selasa menyebabkan 73 orang terkorban dan menyebabkan ribuan yang lain cedera.

Punca kejadian tidak diketahui tetapi berdasarkan pegawai kanan keselamatan negara itu, ia berpunca daripada bahan letupan yang disimpan di pelabuhan berkenaan.

Berita berkaitan:

  • 73 maut dalam letupan di pelabuhan Lubnan