Lukisan potret Shaun persis rakaman foto

Sydney: Bakat dimiliki seorang pelukis ternyata luar biasa apabila mampu menghasilkan potret yang kelihatan seperti foto dengan hanya menggunakan pensel.

Shaun Mckenzie kini menjadi terkenal khususnya di media sosial selepas kebolehannya melukis potret berkenaan, tular baru-baru ini.

Warganet menggelarkan kebolehannya sebagai amat berbakat kerana potret yang dihasilkan begitu realistik.

Bakat muda dari Australia itu menghabiskan masa antara 60 hingga 80 jam untuk menghasilkan karya berkenaan.

Namun bagi sesetengah potret, dia hanya mengambil masa 15 jam untuk disiapkan bergantung kepada tahap ‘ketelitian’ bagi menghasilkan karya itu.

Tetapi, bagi potret yang memerlukan penelitian mendalam menyebabkan dia akan menghabiskan masa sehingga 280 jam.