Mahu cerai suami, cari ‘Mr Right’

Washington: Selepas berkahwin 10 kali, seorang usahawan wanita dari Amerika Syarikat tidak serik untuk berkahwin lagi sehingga bertemu ‘Mr Right’.

Cassey, 56, kini sedang mempertimbangkan untuk menceraikan suaminya yang terbaru dan terus berkahwin sehingga mendapat lelaki sempurna.

OddityCentral melaporkan, Cassey mendapatkan nasihat doktor mengenai hubungan kerana berpendapat sehingga kini masih belum menemui pasangan hidup yang tepat.

Menurutnya, dia tidak peduli berapa kali perkahwinannya akan gagal dan tidak akan berhenti mencari.

Katanya, itu akan terus dilakukan sehingga dia menemui seorang lelaki yang dapat mencintainya selama-lamanya.

“Bila saya di dalam perkahwinan, saya tidak boleh meneruskannya.

“Selalunya saya akan menyebutkannya, cukup setakat ini, kita bercerai dan saya pergi,” katanya.

Katanya, perkahwinan pertamanya, yang paling lama, bertahan selama lapan tahun.

Perkahwinan keduanya tujuh tahun, tetapi dengan pertunangan dua setengah tahun.

Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki, tetapi hubungan itu mula putus ketika suaminya berhenti memberitahu bahawa dia mencintainya.