Masjid al-Aqsa kembali dibuka

Baitulmaqdis: Masjid al-Aqsa dibuka kepada jemaah selepas ia ditutup selama lebih dua bulan untuk membendung penularan Covid-19.

Wartawan AFP memberitahu jemaah yang memakai pelitup muka dibenarkan memasuki perkarangan masjid berkenaan, pada awal pagi.

Pada Hari Raya Aidilfitri pertama lalu, ketegangan tercetus antara polis dan warga Palestin yang cuba merempuh penghadang untuk memasuki masjid berkenaan.