Maut sertai cabaran makan ubat lebih dos

Oklahoma: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun maut selepas menyertai cabaran aplikasi TikTok yang memerlukan pengguna mengambil ubat alahan melebihi dos disarankan.

Chloe Phillips, 15, menggunakan ubat alahan Benadryl untuk menyertai cabaran dikenali sebagai Benadryl Challenge, menurut laporan Mirror.

Keluarganya kini tampil berkongsi kejadian itu bagi mengelakkan tragedi seumpamanya dialami remaja lain.

Dalam cabaran itu, peserta perlu menggunakan ubat secara berlebihan hingga mengalami halusinasi.