‘May Gemuk’ mati akibat Covid-19

Mexico City: Ketua kartel dadah Mexico yang dipenjara atas pelbagai kesalahan termasuk membunuh 12 orang dengan cara memenggal kepala mangsa, meninggal dunia akibat Covid-19.

Pemimpin Los Zetas, Moises Escamilla May atau dikenali sebagai Gordo May (May Gemuk) sebelum ini menjalani hukuman penjara 37 tahun di Jalisco kerana melakukan jenayah terancang dan membawa senjata secara haram.

Antara kesalahan yang menyebabkan dia dipenjara adalah kerana membunuh 12 orang orang dengan memenggal kepala mangsa di Yucatan pada 2008.

“Dia tidak menderita penyakit dan mulai menunjukkan gejala pernafasan pada 6 Mei,” kata Kementerian Kesihatan, negara itu.

Sehari kemudian, Escamilla dibawa ke hospital sebelum dilaporkan meninggal dunia.

Ketua kartel itu ditangkap polis persekutuan bersama lapan rakannya pada September 2008 di sebuah resort tepi pantai di Cancun, tenggara negara itu.

Mexico mencatatkan 35,000 kes Covid-19 dan hampir 3,500 kematian.

Pada April lalu, Senat meluluskan pengampunan bagi membebaskan banduan dengan kesalahan ringan sebagai usaha mengekang penularan virus itu.