Melania tolak tangan Trump

Washington: Satu video yang tular menunjukkan Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS) Melania Trump dilihat menolak cubaan suaminya untuk memegang tangannya.

Ketika itu, mereka sedang menuruni tangga selepas keluar dari pesawat rasmi Air Force One.

Difahamkan, ketika kejadian, Presiden AS Donald Trump dan isterinya itu, pulang dari kelab golf di Bedminster, New Jersey.

Berdasarkan rakaman berkenaan, Melania dilihat beberapa kali menolak tangan suaminya.

Trump juga dilihat beberapa kali cuba memegang tangan isterinya.

Video berkenaan kini tular dan menjadi tajuk berita beberapa saluran berita utama termasuk CNN dan Sky News Australia.

Dalam pada itu, ada berpendapat bahawa Melania terpaksa berbuat demikian kerana cuba memegang bajunya yang ditiup angin.

Bagaimanapun, ia kini menjadi perdebatan warganet yang mengemukakan pelbagai teori berhubung perkara berkenaan.

Malah, ini bukan pertama wanita pertama itu dikatakan berbuat demikian di hadapan khalayak.

Sementara itu, satu ciapan menerusi Twitter yang dipetik Sky News berkata; “Bukan apa-apa. Dia hanya tidak mahu disentuh olehnya (Trump).”

Seorang lagi warganet menulis, “Atau dia mencuba menjaga bajunya supaya tidak ditiup angin.”