Nahas helikopter, Lima maut

Paris: Sebuah helikopter terhempas di Pergunungan Alps Perancis, menyebabkan lima maut.

Agensi berita Anadolu melaporkan berita itu disahkan Presiden Perancis Emmanuel Macron.

Mangsa terbunuh adalah anggota pasukan penyelamat.

Bagaimanapun, juruterbang sempat menyelamatkan diri.

Menurut pihak berkuasa tempatan Savoie, helikopter itu terhempas pada altitud 1,800 meter, sebelum serpihannya ditemui di bandar Bonvillard.

Difahamkan, ketika kejadian, helikopter milik sebuah syarikat swasta itu sedang menjalankan kerja menyelamat.