Negeri di Jerman larang pakai niqab

Berlin: Kerajaan negeri Baden-Wurttemberg di barat Jerman pada Selasa bersetuju untuk melarang pelajar sekolah melindungi wajah dengan memakai burqa atau niqab.

Peraturan terbaru itu timbul selepas berlaku perdebatan panas mengenai topik untuk melindungi wajah bagi umat Islam di negara berkenaan walaupun

pengecualian arahan itu di Hamburg seperti ditetapkan mahkamah.

Majlis Perbandaran Baden-Wurttemberg melarang sepenuhnya wanita melindungi wajah mereka khususnya gadis Muslim ultra konservatif yang turut dikuatkuasakan kepada guru.

Menteri Baden-Wurttemberg, Winfried Kretschmann berkata, kes larangan pemakaian niqab ini jarang berlaku di sekolah namun satu undang-undang perlu diwujudkan untuk kes sedemikian.

Kretschmann berkata, larangan pemakaian itu tidak terpakai kepada keseluruhan komuniti namun larangan di peringkat universiti lebih rumit kerana membabitkan penuntut dewasa dengan persoalan yang lebih kompleks.

Katanya, setakat ini larangan itu hanya terpakai di sekolah rendah dan menengah saja.

Sebelum ini, beberapa negara lain seperti Belanda dan Perancis sudah melaksanakan larangan pemakaian penutup muka penuh pada 2011.