Nenek 90 tahun pengsan dirogol

New Delhi: Malang nasib seorang nenek berusia 90 tahun apabila diperkosa dua lelaki yang memecah masuk rumahnya dekat Tripura dekat sini.

The Times of India melaporkan, kejadian berlaku pada tengah malam 26 Oktober lalu, kedua lelaki itu bertindak kejam sehingga mangsa tidak mampu melawan dan akhirnya pengsan.

Keesokan harinya, mangsa mengadu apa yang berlaku kepada jirannya namun mereka tidak berani membuat laporan polis.

Namun, seorang ahli keluarga mangsa tampil membuat laporan polis untuk menuntut keadilan.

Mangsa dikatakan mengenali seorang daripada lelaki itu yang dikenali sebagai Anjan Nama, 35, menetap di Kampung Barahaldi, Kanchanpur di Tripura.

Sementara itu, Polis Daerah Kanchanpur Binramjit Shukladas memaklumkan siasatan berhubung perkara itu sedang dijalankan selepas menerima laporan berkenaan.

“Mangsa sudah menjalani pemeriksaan dan menerima rawatan di hospital.

“Sehingga kini, kedua-dua suspek terbabit masih belum ditangkap,” katanya.