New Kim RM7.8 juta!

Brussels: Seekor burung merpati betina dinamakan New Kim menjadi burung termahal dunia selepas dibeli di Belgium pada harga tertinggi dalam sejarah.

Pusat lelongan dalam talian, Pigeon Paradise (PIPA) mendedahkan, merpati itu dibeli oleh pembeli dari China dengan nilai 1.6 juta Euro (RM7.8 juta) pada Ahad lalu.

Ia sekali gus memecah rekod jualan merpati jantan dinamakan Armando yang dijual pada harga 1.2 juta Euro (RM6.8 juta), pada tahun lalu.

New Kim, burung merpati baka terbaik berusia dua tahun dari Antwerp pada mulanya dilelong pada harga permulaan 200 Euro (RM975).

“Saya percaya (jualan ini) menjadi rekod dunia kerana tiada lagi harga jualan dengan nilai sebegitu direkodkan secara rasmi.

“Saya tak percaya kami mampu mencecah jumlah sebanyak itu.

“Pembeli (yang tidak disebutkan namanya), mungkin ingin membiakkan burung itu,” kata Pengerusi PIPA Nikolaas Gyselbrecht kepada AFP.