Nilai jualan RM157 juta

London: Berlian merah jambu dinamakan The Spirit of the Rose dijangka dapat dijual pada harga AS$38 juta (RM157 juta) pada satu acara anjuran rumah lelong di Switzerland, bulan depan.

Dinamakan sempena balet Le Spectre de la rose di Rusia pada 1911, berlian seberat 14.83 karat itu dijumpai di sebuah lombong di timur laut Rusia, tiga tahun lalu.

Sebelum tiba di Geneva Switzerland pada 12 November depan, berlian itu terlebih dahulu dipamerkan di Hong Kong, Singapura dan Taipei.

Menurut pengerusi bahagian berlian Sotheby’s, Gary Schuler, keistimewaan berlian yang amat jarang ditemui itu terletak pada warna dan saiznya.

“Ia diletakkan dalam gred Fancy Vivid Purple-Pink, dengan bahagian dalamannya yang dianggap sempurna,” katanya seperti dilaporkan CNN.