Obama tampil bantu calon Presiden AS

Washington: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama akan bersama Joe Biden bagi membantu calon berkenaan meraih kemenangan pada pilihan raya Presiden AS, Selasa ini.

Obama hadir di Michigan ketika Donald Trump berkempen di Pennsylvania.

Ia julung kali kempen, Biden 77, akan disertai Obama yang juga bekas ketuanya.

Mereka dijadualkan hadiri dua himpunan berkenderaan di bandar Flint dan Detroit di Michigan.

Menurut rekod, Trump, 74, memenangi negeri perindustrian itu dengan undi tipis 0.2 mata pada 2016, manakala Biden yang juga bekas Naib Presiden mendahului dengan tujuh mata pada tahun ini.

Sejak minggu lalu, Obama menggunakan popularitinya untuk membantu Biden dengan menganjurkan beberapa perhimpunan.

Menerusi platform itu, Obama menyelar tindak balas Trump terhadap penularan pandemik Covid-19 khususnya di Florida dan Pennsylvania.

Bagaimanapun, Trump memperlekehkan himpunan anjuran Obama dan menganjurkan tiga himpunan yang menunjukkan betapa pentingnya negeri itu dalam misinya meraih 270 undi.

Beliau memenangi Pennsylvania sebelum ini iaitu tempat kelahiran Biden dengan majoriti sangat tipis ketika menentang Hillary Clinton pada 2016.