Oops… tak sengaja!

Madrid: Seorang ahli majlis perbandaran di utara Sepanyol mahu meletak jawatan selepas tidak menyedari videonya mandi disiarkan ketika mesyuarat.

Ketika kejadian awal minggu lalu, lelaki itu menyertai mesyuarat majlis perbandaran yang dijalankan secara dalam talian.

Irish Times melaporkan kejadian itu ketika ahli majlis di Torrelavega bermesyuarat berhubung masalah penduduk di perbandaran dengan 52,000 itu.

Mesyuarat mulai jam 8 pagi itu turut disiarkan secara langsung untuk wartawan dan penduduk.

Difahamkan ahli majlis, Bernardo Bustillo yang bekerja sambilan dengan majlis perbandaran khuatir tidak mempunyai waktu untuk mandi.

Dia juga dikatakan perlu menguruskan anak perempuannya sebelum keluar untuk melaksanakan tugas sebagai jurulatih renang.

Sebagai penyelesaian, Bustillo membawa bersama komputer riba ke bilik mandi dan mengecilkan saiz paparan sembang.

Malangnya, aksi Bustillo ketika mandi dapat ditonton rakan sejawatnya, malah bunyi pancutan air jelas kedengaran menerusi rakaman berkenaan.

Rakan sejawatnya cuba memaklumkan Bustillo mengenai apa yang berlaku tetapi tidak sempat berbuat demikian.

Bagaimanapun, Datuk Bandar lebih pantas mengawal keadaan dengan mengakhiri mesyuarat berkenaan.

Menerusi media sosial, Bustillo meminta maaf dan menyatakan apa yang berlaku bukan disengajakan.