Pakar bantu jayakan pelan Covid-19 Biden-Harris

Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS) yang dipilih Joe Biden bersiap sedia membentuk pasukan pakar yang akan bantu memimpin negara itu dalam menghadapi wabak Covid-19.

Beliau mengumumkan perkara berkenaan ketika ucapan pertamanya selepas ditabal pemenang pilihan raya presiden pada Sabtu, sekali gus mengulangi keutamaannya dalam menangani wabak itu sejak awal.

“Pada Isnin ini saya akan menamakan kumpulan saintis dan pakar sebagai penasihat yang membantu untuk menjadikan pelan Biden-Harris kepada rangka tindakan sebenar, bermula 20 Januari 2021,” katanya kepada penyokong yang merujuk hari beliau mengangkat sumpah.

Covid-19 menyebabkan 237,000 kematian di AS dan kes sudah merebak ke seluruh negara.

Menurut statistik Johns Hopkins University, wabak itu sudah menghampiri 10 juta kes dan tidak menunjukkan tanda pengurangan, ketika ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19