Pelacuran online: Pelakon filem, Instafamous ditahan

Jakarta: Dua selebriti wanita Indonesia ditahan polis dipercayai terbabit dalam pelacuran dalam talian.

Selain mereka, polis turut menahan dua individu lain iaitu seorang lelaki dan seorang wanita.

Polis Tanjung Priok, Paksi Eka berkata, keempat-empat suspek ditahan di sebuah hotel lima bintang di kawasan Sunter, Jakarta Utara.

“Lelaki itu dipercayai berperanan sebagai bapa ayam, manakala dua artis berkenaan adalah seorang pelakon filem dan sinetron dan seorang Instafamous,” katanya.

Dalam pada itu, gambar penahanan kedua-dua selebriti itu tular di media sosial.

Menerusi gambar berkenaan, artis berkenaan yang memakai jaket hanya menundukkan kepala ketika pemeriksaan pihak berkuasa.

Tribunnews melaporkan, sehingga berita ini ditulis, polis masih tidak mendedahkan identiti dua artis berkenaan.

Bagaimanapun, difahamkan, setakat ini, status kedua-dua artis berkenaan masih lagi sebagai saksi.