Pelakon porno didakwa merogol
Los Angeles: Bintang filem porno Ron Jeremy didakwa atas kesalahan merogol tiga wanita.
Selain itu, dia didakwa atas pertuduhan keempat iaitu menyerang mangsa.
AFP melaporkan, Jeremy digari dan ditahan sebelum dihadapkan ke mahkamah di pusat bandar Los Angeles, petang semalam.
Bagaimanapun, Jeremy dibenarkan untuk dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah AS$6.6 juta (kira-kira RM28 juta).
Difahamkan, wanita yang menjadi mangsa Jeremy berusia antara 25 dan 46 tahun.
Kejadian didakwa berlaku antara 2017 dan 2019.
Sekiranya disabitkan kesalahan, Jeremy yang kini berusia 67 tahun akan berdepan hukuman penjara seumur hidup.
Jeremy pernah didakwa untuk kes berasingan pada 2016 tetapi pertuduhan terhadapnya digugurkan kerana bukti yang tidak mencukupi.
Tertuduh dengan nama sebenarnya Ronald Jeremy Hyatt pernah membintangi lebih 1,700 filem lucah.