Peluncur maut dibaham jerung
Brisbane: Seorang peluncur ombak maut selepas diserang jerung sepanjang tiga meter di sebuah pantai popular di Australia.
Polis berkata, kejadian berlaku pagi tadi ketika lelaki terbabit melakukan luncur air di Kingscliff, kira-kira 100 kilometer dari selatan Brisbane.
Dilaporkan, kaki lelaki itu dibaham jerung terbabit.
“Menurut keterangan saksi, beberapa peluncur air turut membantu lelaki itu melepaskan diri daripada jerung itu sebelum berjaya dibawa naik ke pantai.
“Dia diberikan rawatan kecemasan kerana kecederaan parah pada kaki kirinya, namun maut di tempat kejadian selepas itu,” kata polis dalam kenyataan.
Katanya, identiti lelaki itu diketahui namun dipercayai lelaki berusia 60 tahun itu dari negeri Queensland.
Tragedi lelaki itu dikatakan kematian ketiga akibat diserang jerung tahun ini.
Australia mencatat rekod insiden serangan jerung tertinggi di dunia, namun kematian jarang berlaku.
Berdasarkan data dari Sydney’s Taronga Zoo, sebanyak 27 serangan jerung sepanjang tahun lalu namun tidak membabitkan kematian.