Pemilik krematorium di Republik Czech semakin terbeban

Prague: Pemilik krematorium di Republik Czech semakin tertekan berikutan permintaan meningkat apabila kematian akibat Covid-19 melonjak, sekali gus meletakkan negara itu di tempat teratas statistik di Eropah.

Sejak beberapa minggu lalu, Republik Czech menjadi negara paling teruk di Eropah membabitkan segi kematian baharu bagi setiap 100,000 penduduk, menurut Pusat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Eropah.

Sejak akhir Oktober, negara anggota Kesatuan Eropah (EU) yang memiliki populasi 10.7 juta orang itu merekodkan kes kematian setiap hari sekitar 200 orang, berbanding purata 300 kematian akibat pelbagai penyakit.

“Kami memikul beban besar, kes kematian jauh lebih banyak daripada kebiasaan,” kata Josef Melich, pemilik krematorium swasta di pusat bandar Tabor.

“Peningkatan sebanyak 40 peratus. Kami menjaga rumah orang tua iaitu ramai orang meninggal dunia kerana Covid-19. Ia memang sukar,” katanya kepada AFP.

Perkhidmatan Pengebumian Persekutuan Eropah mengatakan, membakar mayat adalah kaedah pengebumian paling popular di Republik Czech yang mempunyai 27 krematorium di wilayahnya.

“Covid-19 adalah beban kepada kami,” kata Ivo Furmancik, pengarah krematorium di timur bandar Ostrava.