Pemimpin nombor 2 Al-Qaeda terbunuh

Washington: Pemimpin nombor dua Al-Qaeda yang diburu Amerika Syarikat (AS) pada 1998 kerana didakwa mengebom kedutaannya di Tanzania dan Kenya, dibunuh secara rahsia di Iran pada Ogos lalu, lapor The New York Times, semalam.

Abdullah Ahmed Abdullah, yang berada dalam senarai pengganas paling dikehendaki FBI, ditembak dan dibunuh di Tehran oleh dua penyerang bermotosikal Israel bagi pihak AS, kata pegawai risikan.

Serangan pada 7 Ogos itu pada hari ulang tahun pengeboman di Afrika itu, tidak didedahkan oleh AS, Iran, Israel atau Al-Qaeda.

Pemimpin kanan Qaeda itu terbunuh bersama anak perempuannya iaitu Miriam yang juga bekas isteri kepada anak lelaki Osama bin Ladin iaitu Hamza bin Laden.

Pihak berkuasa AS menawarkan ganjaran AS$10 juta (RM40.5 juta) kepada pemberi maklumat mengenainya.

Abdullah dianggap sebagai perancang paling berpengalaman dan berkemampuan yang tidak berada bersama AS atau sekutunya, berdasarkan dokumen disediakan Pusat Antikeganasan Kebangsaan AS pada 2008.

Pengeboman di Kedutaan AS di Kenya dan Tanzania pada 1998 menyebabkan 224 orang terkorban manakala lebih 5,000 cedera.