Pengangguran di negara EU meningkat Julai

BRUSSELS: Kadar pengangguran di kawasan 19 anggota Eropah (negara menggunakan mata wang Euro) terus meningkat pada Julai, iaitu bulan yang dikenakan langkah membendung Covid-19 di kebanyakan negara Kesatuan Eropah (EU), angka yang dikeluarkan oleh Eurostat, pejabat perangkaan EU, pada Selasa.

Kadar pengangguran disesuaikan mengikut musim di kawasan Eropah ialah 7.9 peratus pada Julai, meningkat daripada 7.7 peratus pada bulan sebelumnya, lapor agensi berita Xinhua, memetik Eurostat.

Kadar pengangguran di seluruh kawasan EU adalah 7.2 peratus pada Julai, lebih tinggi berbanding 7.1 peratus pada Jun, tambah kenyataan itu.

Di antara kira-kira 15.2 juta penganggur di EU, 2.9 juta berusia di bawah 25 tahun.

Kadar pengangguran remaja adalah 17 peratus di EU dan 17.3 peratus di kawasan Eropah, masing-masing meningkat daripada 16.9 peratus dan 17.2 peratus pada Jun, menunjukkan kemerosotan situasi pekerjaan yang berterusan.

Dalam kalangan negara anggota EU, kadar pengangguran terendah pada Julai dicatat di Republik Czech, pada 22.7 peratus, diikuti Poland dengan 3.2 peratus.

Kadar pengangguran tertinggi dicatat di Sepanyol, pada 15.8 peratus, diikuti Itali, pada 9.7 peratus.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19