Penjara 600 tahun

Alabama: Seorang lelaki perlu menghabiskan sisa hidup di sebalik tirai besi selepas dijatuhi hukuman penjara 600 tahun kerana memaksa dua kanak-kanak melakukan aksi lucah.

Berdasarkan keterangan daripada Kementerian Kehakiman Amerika Syarikat (AS), Matthew Miller didapati bersalah atas kesalahan itu.

Hukuman dijatuhkan di sebuah mahkamah di Tudcaloosa selepas pendakwa raya menegaskan tindakan lelaki berusia 32 tahun itu merosakkan masa depan mangsa.

Lelaki itu juga didapati bersalah kerana melakukan penggambaran aksi lucah kanak-kanak.

Dalam pernyataan yang disampaikan hakim, Miller memaksa mangsa untuk melakukan aksi untuk rakaman visual.

Kejadian itu didakwa dilakukan Miller pada 2014 dan tahun lalu ketika mangsa berusia empat tahun.

Polis menahan lelaki terbabit pada Februari tahun lalu selepas menerima laporan kekerasan yang dilakukan terhadap mangsa.

Pejabat pendakwa di utara Alabama memaklumkan kepada mahkamah pihaknya menemui 102 gambar lucah mangsa ketika melakukan penggeledahan.

Miller kemudian mengaku bersalah atas kesalahannya pada Oktober 2019 dan dijatuhi hukuman penjara selama 600 tahun.

Agen Khas Biro Penyiasat Persekutuan (FBI), Johnnie Sharp memaklumkan, perbuatan Miller itu menjijikkan dan meragut masa depan mangsa.