Penyampai berita Afghanistan ditembak mati

Kabul: Seorang penyampai berita Afghanistan dan pemandunya terbunuh semalam, selepas ditembak lelaki bersenjata.

Menurut syarikat, Enekaas TV tempat mangsa bekerja, insiden tragik itu adalah kejadian kedua pembunuhan wartawan di negara itu dalam tempoh sebulan.

Berdasarkan kenyataan Enekaas TV, Malalai Maiwand terbunuh dalam insiden yang berlaku di timur bandar Jalalabad.

Pembunuhan Maiwand, 20, hanya beberapa minggu selepas wartawan Radio Liberty, Aliyas Dayee terbunuh dalam serangan bom kenderaan di Lashkar Gah.

Sementara itu, Human Rights Watch berkata, Dayee sebelum itu pernah diugut oleh Taliban.

Selain itu, seorang bekas penyampai berita televisyen di Kabul, Yama Siawash, turut terbunuh dalam serangan bom kenderaan berhampiran rumahnya, bulan lalu.

Setakat ini, tiada kumpulan tampil mendakwa bertanggungjawab atas pembunuhan terbabit.

Kebelakangan ini, pembunuhan disasarkan kepada tokoh terkemuka termasuk wartawan, ulama, ahli politik dan aktivis kerap berlaku walaupun terdapat rundingan damai antara kerajaan dan pihak Taliban.