Perjanjian itu ‘dosa politik’ – Hamas

Gaza City: Hamas menolak perjanjian tajaan Amerika Syarikat (AS) untuk memulihkan hubungan antara Sudan dengan Israel.

Kumpulan yang menguasai Semenanjung Gaza itu turut menyifatkan ia sebagai ‘dosa politik’ dan hanya akan menguntungkan Israel.

Menurutnya, ia juga adalah pengkhianatan kepada perjuangan rakyat Palestin.

Selain itu, kumpulan itu berkata, ia memberi kesan terhadap kepentingan negara bagi Sudan.

Dalam pada itu AFP melaporkan bahawa Presiden Palestin Mahmoud Abbas menolak perjanjian berkenaan.

“Negara Palestin mengutuk sekeras-kerasnya dan menolak perjanjian memulihkan hubungan dengan rejim Israel yang menjajah tanah Palestin,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Sudan dan Israel pada Jumaat bersetuju untuk menjernihkan hubungan kedua negara menerusi perjanjian tajaan AS.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan Sudah sebagai negara Islam kelima yang menandatangani perjanjian seumpamanya.

Ia selepas Mesir pada 1979, Jordan (1994) serta Emiriah Arab Bersatu UAE dan Bahrain, masing-masing pada bulan lalu.

Perkembangan itu juga tidak lama selepas AS mengeluarkan Sudan daripada senarai negara penaja keganasan.

Bernama yang memetik laporan agensi berita Xinhua berkata, ia selepas Sudan membayar AS$335 juta (RM1.4 bilion) kepada mangsa terdiri rakyat Amerika,