Pertikai kit ujian Covid-19 import

Dar es Salaam: Presiden Tanzania, John Magufuli mempertikaikan kit ujian Covid-19 import yang mengesahkan sampel kambing, biri-biri dan paw paw, sejenis buah seperti betik di negara itu, positif virus berkenaan.

Mahufuli menolak keberkesanan alat ujian itu dengan menganggap berlaku kesilapan teknikal kerana menguji positif sampel daripada haiwan dan buah berkenaan.

“Mesti ada sesuatu yang terjadi. Sebelum ini, saya cakap kita tak patut terima setiap bantuan kerana (tidak) semestinya baik untuk negara kita.

“Kit ujian itu mesti disiasat semula,” katanya.

Presiden kepada kerajaan yang dikritik kerana cukup berahsia dengan keadaan Covid-19 di negara itu dilaporkan Al Jazeera mengarahkan pasukan keselamatan Tanzania memeriksa kualiti alat pengujian itu.

Mereka secara rawak menerima beberapa sampel termasuk paw paw, kambing dan biri-biri dengan label nama dan usia manusia.

Sampel berkenaan dibawa ke makmal di negara itu, namun juruteknik makmal itu tidak mengetahui ia berasal daripada bukan manusia.