Pesawat ringan bertembung, lapan maut

Los Angeles: Sekurang-kurangnya lapan orang dipercayai maut selepas dua pesawat ringan bertembung ketika terbang di atas tasik di Idaho, pada tengah hari Ahad.

Pesawat berkenaan kemudian terhempas di Tasik Coeur d’Alene, tarikan pelancongan musim panas popular di utara Boise.

Tiga mayat sudah dibawa keluar dari tasik.

Bagaimanapun, identiti mereka belum dikenal pasti.

Sherif Daerah Kootenai berkata, setakat ini, tiada individu yang terselamat.

Nahas membabitkan pesawat Havilland DHC-2 yang dikendalikan oleh syarikat pelancongan tempatan, Brooks Seaplanes.

Ia membawa enam orang termasuk empat sekeluarga.

Sebuah lagi pesawat, Cessna 2006 dikatakan membawa sekurang-kurangnya dua orang.