Pesawat terhempas di Ukraine, 22 maut

Kiev: Sekurang-kurangnya 22 orang termasuk anggota kadet tentera selepas sebuah pesawat tentera Ukraine terhempas berhampiran dengan Kharkiv di timur negara itu pada Jumaat.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Anton Gerashchenko ketika mengesahkan perkara itu kepada AFP turut memberitahu dua lagi mangsa parah.

“Kebanyakan daripada mangsa adalah penuntut Universiti Tentera Udara Kebangsaan Kharkiv, kata kenyataan rasmi tentera udara negara itu dalam satu kenyataan.

Pesawat berkenaan dinaiki 27 orang dengan 20 daripadanya adalah anggota kadet dan tujuh kru.

Ketika ini, pihak berkuasa masih menjalankan kerja mencari dan menyelamat di llokasi kejadian.

Pesawat berkenaan terhempas pada 8.50 malam 9waktu tempatan), dua kilometer dari pangkalan tentera Chuhuiv.

Menerusi foto yang dikeluarkan oleh pasukan penyelamat, bomba melakukan kerja-kerja memadam kebakaran bangkai pesawat berkenaan.

Pesawat itu dikatakan terbakar selepas terhempas dan bomba berjaya memadam kebakaran selepas sejam.

Bandar Chuhuiv terletak kira-kira 30 kilometer (km) di tenggara Kharkiv dan 100 km di barat barisan hadapan lokasi di mana tentera kerajaan terbabit dengan pertempuran kumpulan pemisah pro-Rusia.