PM Bahrain meninggal dunia

Manama: Perdana Menteri Bahrain yang paling lama berkhidmat, Sheikh Khalifa Salman al Khalifa, meninggal dunia pada usia 84 tahun.

Al-Jazeera yang memetik Agensi Berita Bahrain melaporkan beliau meninggal dunia di Hospital Klinik Mayo di Amerika Syarikat (AS).

Pemerintah Bahrain, Raja Sheikh Hamad Isa Al Khalifa mengumumkan tempoh berkabung selama seminggu.

Sepanjang tempoh itu, bendera akan dikibarkan separuh tiang.