Presiden tak suruh pun…

Brasília: Presiden Brazil Jair Bolsonaro menggunakan kuasa vetonya supaya peraturan pemakaian pelitup muka di tempat awam tidak dikuatkuasakan.

AFP melaporkan undang-undang itu itu diluluskan Kongres pada 9 Jun lalu dan memperuntukkan denda bagi individu ingkar.

Antara lain, ia mengarahkan individu memakai pelitup muka di premis komersial, rumah ibadat, institusi pendidikan dan kawasan tertutup di mana orang ramai berkumpul.

Bagaimanapun, media tempatan melaporkan Bolsonaro tidak bersetuju dengan peraturan berkenaan atas alasan, antaranya, ia melanggar hak individu yang bertemu di rumah.

Pemimpin itu turut menyatakan bahawa undang-undang berkenaan sebagai tidak berpelembagaan.

Selain itu, Jair menggunakan kuasa vetonya supaya peraturan supaya premis perniagaan menyediakan pelitup muka kepada individu kurang berkemampuan.

Sebelum ini, mahkamah negara itu memerintahkan presiden berkenaan untuk memakai pelitup muka di tempat awam.

Bagaimanapun, mahkamah lebih tinggi pada Selalu mengubah keputusan itu atas alasan ia tidak perlu memandangkan peraturan itu sudah dikuatkuasakan di sini.

Ini bukan kali pertama Bolsonaro menggunakan kuasa vetonya. Beliau sudah berbuat demikian dalam beberapa keputusan kerajaan.

Bagaimanapun, ada antara kuasa veto itu dibatalkan di mahkamah di negara berkenaan.

Brazil kini menjadi negara kedua paling terjejas di dunia dengan 1.5 juta kes dan 61,000 kematian.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19