Presiden Venezuela ampunkan lebih 100 pemimpin pembangkang

Caracas: Presiden Venezuela Nicolas Maduro pada Isnin mengampunkan lebih 100 pemimpin pembangkang yang sedang menjalani hukuman atau menghadapi tuduhan jenayah, menjelang pilihan raya parlimen pada 6 Disember, lapor agensi berita Xinhua.

Menteri Komunikasi dan Penerangan Jorge Rodriguez berkata, langkah itu bertujuan untuk menggalakkan keamanan dan penyelesaian kontroversi melalui saluran perlembagaan dan pilihan raya.

Antara mereka yang diberikan keampunan itu ialah 27 timbalan menteri daripada pelbagai parti politik.

Rodriguez berkata, pengampunan itu sebagai jaminan semua pihak boleh menyertai pilihan raya.