Prototaip roket Starship meletup

Washington: Prototaip roket Starship SpaceX untuk membawa manusia ke bulan dan planet Marikh, pada masa hadapan, meletup dalam ujian penerbangan.

AFP melaporkan ketika kejadian, prototaip itu cuba mendarat di tapak ujian di Boca Chica, Texas.

Prototaip pandu diri itu adalah setinggi bangunan 16 tingkat.

Roket Starship SpaceX dibangunkan oleh biilonaire Elon Musk.

Ia adalah inisiatif swasta bagi membolehkan misi membawa manusia dan kargo seberat 100 tan ke bulan dan planet Marikh, pada masa hadapan.

Media sebelum ini melaporkan billionaire Jepun, Yusaku Maezawa akan membayar sejumlah bayaran untuk menyertai misi dengan roket Starship, untuk mengelilingi bulan pada 2023.