Pulang buku lepas 60 tahun

London: Pekerja sebuah perpustakaan di Britain berkata, sebuah buku puisi dimasukkan ke dalam kotak pemulangan buku, selepas 60 tahun daripada tarikh akhir ia sepatutnya dipulangkan, lapor United Press International.

Perpustakaan Middlesbrough berkata, buku bertajuk ‘The Buried Stream’, sebuah antologi puisi oleh Geoffrey Faber, dipulangkan bulan ini.

Tarikh akhir buku itu sepatutnya dikembalikan ialah pada Disember 1962.

Kami amat berterima kasih kepada orang yang mengembalikannya dan buku itu akan diletakkan di Perpustakaan Rujukan untuk kegunaan generasi akan datang, kata Pegawai Perpustakaan dan Komuniti David Harrington.

Harrington berkata, buku itu dikenakan denda sebanyak $650 (kira-kira RM2,690) tetapi ditangguhkan kerana wabak Covid-19.

Pihak kami menyeru pelanggan – dulu dan sekarang – mengembalikan sebarang buku yang sudah lama dipinjam, tiada denda akan dikenakan, katanya.