Pulang parti, lelaki maut akibat Covid-19

New York: Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) maut akibat Covid-19 selepas menghadiri parti dihoskan oleh seorang individu yang dijangkiti virus itu.

Lelaki terbabit yang berusia 30-an itu pada mulanya menganggap jangkitan berkenaan adalah perkara palsu.

Kejadian itu didedahkan oleh Ketua Pegawai Perubatan Hospital Methodist di San Antonio, Jane Appleby.

Menurutnya, kebanyakan golongan muda yang dijangkiti Covid-19 tidak mengambil serius virus itu memandangkan mereka tidak menunjukkan simptom yang ketara.

Bagaimanapun katanya, ujian makmal dan paras oksigen sebaliknya menunjukkan keadaan kesihatan mereka sebenarnya amat merosot.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya golongan muda tidak mengambil mudah mengenai perkara itu.

Setakat ini, AS kekal menjadi negara paling terjejas akibat Covid-19 dengan 3.4 juta kes jangkitan dengan lebih 137,000 kematian.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19