Rakyat Indonesia tak dibenar pulang beraya
Jakarta: Kerajaan Indonesia mengumumkan larangan mudik atau pulang ke kampung untuk sambutan Aidilfitri tahun ini.
Presiden Indonesia, Joko Widodo berkata, langkah itu bagi mengekang penularan Covid-19.
“Hari ini saya ingin sampaikan juga bahawa mudik semuanya akan kita larang,” kata Jokowi melalui sidang dari Istana Merdeka, di sini, hari ini.
Setiap tahun, dianggarkan kira-kira 20 juta rakyat Indonesia yang bekerja di bandar-bandar besar akan pulang ke kampung pada akhir Ramadan.