Rakyat Jerman tunjuk perasan bantah perintah berkurung
Berlin: Polis Jerman menahan puluhan penunjuk perasaan yang membantah tindakan perintah berkurung bagi mencegah penularan Covid-19.
Kira-kira 1,000 orang menyertai perhimpunan berkenaan yang menjadi acara mingguan di ibu negara.
Tunjuk perasaan itu menarik perhatian terutama aktivis sayap kiri, penyokong sayap kanan serta anggota kumpulan lain.
Polis melakukan sekatan di sekitar Rosa Luxemburg square manakala penunjuk perasaan berkumpul di jalanan.
Dalam kenyataan dimuat naik di Twitter polis meminta orang ramai bersurai berikutan rusuhan itu tidak sesuai dengan peraturan mencegah penularan wabak.
Rusuhan itu tidak dibenarkan kerana peraturan darurat di Berlin melarang perhimpunan lebih daripada 20 orang.
Sementara itu, laman web yang menganjurkan rusuhan itu mengancam dan meminta ‘keadaan darurat dihentikan’.
Rakyat Jerman tidak berpuas hati dengan peraturan berkurung itu walaupun populariti Kanselor Angela Merkel begitu tinggi.
Beliau dipuji kerana mampu menguruskan krisis kesihatan itu yang mengorbankan 5,500 nyawa di Jerman jauh lebih rendah daripada angka kematian di Itali, Sepanyol, Perancis dan Britain yang melebihi 20,000 orang.