Rebah dengar lagu

Jawa Tengah: Seorang remaja yang mendengar muzik dari telefon pintarnya maut kerana telefon berkenaan disambar petir.

Kejadian yang berlaku di Purbalingga di sini, menyaksikan Hendra Prayoga, 15, meninggal dunia ketika sedang dirawat.

Ketua Polis Kutasari, Agus Amjat Purnomo berkata, kejadian itu berlaku di saat kawasan berkenaan berdepan hujan turut lebat yang disusuli petir.

“Ketika itu, mangsa berada di bilik bersama rakannya, Bayu Nur Priyanto. Untuk menghilangkan rasa bosan, mangsa memasang lagu dari telefon pintarnya.

“Ketika asyik mendengar lagu, tiba-tiba petir berdentum dan kilat menyambar telefon pintar mangsa.

“Mangsa dan rakannya terkejut sehingga telefon itu terpelanting,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan keterangan rakan, mangsa dilihat sukar bernafas.

“Rakannya bernasib baik kerana tidak cedera dan segera menjerit memanggil ibu bapa mangsa.

“Mereka membawa mangsa ke klinik komuniti namun, berikutan keadaan agak kritikal mangsa dibawa ke Rumah Sakit Siaga Medika Purbalingga,” katanya.