Remdesivir, ubat hapuskan Covid-19

WASHINGSTON: Ubat antiviral Remdesivir berkesan untuk Covid-19, kata saintis Amerika Syarikat pada Jumaat.

Saintis berkenaan dalam satu laporan berkata, ia berdasarkan satu eksperimen yang diuji pada monyet.

Kajian itu yang masih pada peringkat awal katakan mengikut prosedur pemberian dos dan rawatan yang digunakan ke atas pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital,

Eksperimen membabitkan dua kumpulan dengan enam monyet yang sengaja dijangkitkan dengan Covid-19

Remdesivir antara ubat pertama yang disebut sebagai rawatan untuk Covid-19 dan ujian klinikal secara rawak kini berada pada peringkat lanjutan.

Kelmarin, laman web berita kesihatan Stat melaporkan ubat itu menunjukkan kesan yang baik terhadap pesakit Covid-19 di di sebuah hospital di Chicago.

Mereka adalah antara dengan sebahagian pesakit terbabit dalam percubaan rawatan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19