Ringkasan berita global Covid-19

Paris: Berikut adalah ringkasan perkembangan krisis Covid-19 di seluruh dunia:

• Covid-19 telah menyebabkan sekitar 1.4 juta individu meninggal dunia. Untuk hari ini, sebanyak 593,934 kes jangkitan baharu direkodkan dengan 7,896 kematian.

• Syarikat penerbangan Australia, Qantas akan mewajibkan penumpangnya mengambil vaksin Covid-19 sebelum menggunakan perkhidmatan mereka.

• Ketua AstraZeneca berkata, tiga bilion dos vaksin yang dibangunkan bersama Universiti Oxford akan berada di pasaran pada 2021 dengan kos sekitar 2.50 euro (RM12.13) satu dos.

• Berikutan peningkatan kes di ibu negara Finland, datuk bandar mengumumkan penutupan sekolah, perpustakaan dan kolam renang awam selain melarang penganjuran acara.

• Raja Sepanyol, King Felipe VI menjalani kuarantin kendiri selepas mempunyai kontak dengan individu yang dijangkiti Covid-19.

• Pembangun vaksin Sputnik V berkata, ia mencatatkan 95 peratus keberkesanan berdasarkan analisis interim kedua daripada data ujian klinikal.

• Ratusan penerbangan dibatalkan selepas Shanghai melaporkan tujuh jangkitan tempatan berkaitan lapangan terbang dengan kebanyakan kes dikesan beberapa hari lalu.

• Jerman setuju untuk mengikuti saranan yang membenarkan perhimpunan yang disertai maksimum 10 orang pada Krismas nanti.

• Jangkitan Covid-19 di ladang ternakan mink dikesan di Poland.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19