Risiko meletup

LONDON: Seorang pelajar berkemungkinan maut ketika pembedahan dilakukan bagi mengeluarkan kanister gas kerana berkemungkinan ia akan meletup di dalam perutnya.

John Finnson dikatakan menelan kanister gas itu selepas melakukan pertaruhan bersama rakannya sehingga menyedari tindakan itu boleh mengundang risiko kepada kesihatannya.

Selepas beberapa ketika dia menelan kanister itu, dia tiba-tiba menjadi muram dan sukar bernafas sebelum dikejarkan ke hospital oleh rakannya dengan menaiki Uber.

Ujian sinar-X yang dilakukan kemudian menemui sesuatu yang mengejutkan apabila kanister gas dikesan berada di dalam perut pemuda itu.

Mirror.co.uk melaporkan pemuda yang berusia 22 tahun itu dikejarkan ke bilik pembedahan sebelum doktor bertungkus-lumus menyelesaikan kes terpencil itu.

Berdasarkan kajian kes yang dijalankan, pasukan perubatan berharap kanister gas itu dapat dikeluarkan menerusi dubur pemuda terbabit namun masih bimbang jika berlaku tekanan gas yang menyebabkan ia meletup.

Disebabkan tidak mempunyai pilihan lain selain tidak mahu merisikokan pemuda terbabit, pakar usus terpaksa dipanggil bagi menjalankan prosedur pembedahan segera.