Rogol anak tiri lebih 50 kali

Jakarta: Bapa tiri setan. Itu gelaran yang patut diberikan kepada seorang warga emas yang sanggup merogol anak tirinya lebih 50 kali sehingga hamil sejak dua tahun lalu.

Media Indonesia melaporkan, perbuatan keji suspek berusia 61 tahun itu terbongkar selepas ibu kandung mangsa curiga melihat perut anaknya yang disahkan hamil lima bulan.

Ketua Polis Banyuwangi, Arman Asmara Syarifudin berkata, mangsa yang masih bawah umur mengakui kerap dijadikan tempat melampias nafsu bapa tirinya itu sebaik suspek meniduri ibunya.

“Mangsa kemudian mengaku dijadikan sebagai tempat melampias nafsu serakah bapa tirinya sejak menamatkan sekolah pada 2017.

“Insiden itu kerap berlaku selepas suspek melakukan persetubuhan dengan isterinya dan bersambung dengan anak tirinya, suspek mengakui nafsunya semakin kuat selepas minum jamu dan ubat kuat,” katanya.

Arman berkata, suspek ditahan selepas laporan polis dibuat mangsa yang ditemani ibunya.

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku tertarik dengan bentuk badan mangsa yang menyebabkan dia melakukan persetubuhan sekurang-kurangnya dua kali seminggu,” katanya.

Suspek ditahan mengikut Seksyen 81 Ayat (2) atau Ayat (3) UU RI No 17 Tahun 2016, pindaan UU No 23 Tahun 2020 yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun.