Rusa ‘lawat’ perumahan

London: Kehadiran puluhan ekor rusa sejak beberapa hari lalu di kawasan kejiranan Harold Hill di timur London mengejutkan penduduk setempat.

Penduduk percaya kehadiran haiwan itu di kawasan perumahan berkenaan disebabkan keadaan pesekitaran yang lengang daripada orang ramai dan kenderaan.

Kawasan berkenaan lengang selepas kawalan pergerakan dilaksanakan pihak berkuasa ekoran Covid-19.

Agensi melaporkan haiwan itu dipercayai datang dari Dagnam Park yang terletak berhampiran Harold Hill.

Penduduk mengambil kesempatan memberi makan kepad rusa yang jinak. FOTO Agensi
Penduduk mengambil kesempatan memberi makan kepad rusa yang jinak. FOTO Agensi

Rusa berkenaan dipercayai sudah mendiami kawasan berkenaan sejak 1,000 tahun lalu sebelum kawasan perumahan itu dibangunkan.

Penduduk yang bangun pada awal pagi terkejut selepas melihat haiwan itu meragut rumput berhampiran kediaman mereka.

Dean Zettee, 50, yang bekerja dikawasan berkenaan terkejut melihat kira-kira 20 rusa berehat di kawasan berumput.

Manakala pegawai pihak berkuasa tempatan melihat haiwan itu hanya berlegar di kawasan berkenaan.Semalam, sekumpulan kambing Kashmir ‘menakluki’ Llanddudno di selatan Wales untuk meragut rumput.