Saring suhu dengan topi keledar

MUMBAI: Pihak berkuasa Mumbai memanfaatkan teknologi topi keledar pintar untuk mempercepat pengesanan individu yang disyaki dijangkiti Covid-19.

Teknologi itu berupaya melakukan saringan di kawasan dengan jumlah penduduk yang padat seperti bandar ini yang mempunyai 18 juta penduduk.

AFP melaporkan Thermoscanner mudah alih itu sebelum ini digunakan di Dubai, Itali dan China.

Ia membolehkan petugas kesihatan merekodkan suhu puluhan individu dalam sama seminit.

“Kaedah pemeriksaan tradisional memerlukan masa. Anda perlu pergi ke kawasan setinggan dengan 20,000 penduduk dan memerlukan tiga jam untuk menyaring 300 orang.

“Tetapi selepas menggunakan topi keledar itu, sukarelawan hanya meminta penduduk keluar dari rumah mereka untuk saringan kesihatan.

“Saringan dapat dilakukan terhadap 6,000 orang dalam masa dua setengah jam,” kata Neelu Jain, seorang sukarelawan perubatan.