Saudi Airlines dibenar terbang ke 20 destinasi

Riyadh: Syarikat penerbangan Arab Saudi, Saudi Airlines kini dibenarkan terbang ke 20 destinasi termasuk Kuala Lumpur, mulai bulan ini.

Bagaimanapun, ia bagi penumpang yang mempunyai kebenaran untuk berbuat demikian.

Muabsher Info yang memetik kenyataan syarikat berkenaan berkata, lima destinasi itu termasuk tujuh destinasi di Eropah dan Amerika Syarikat.

Selain itu, enam destinasi di Afrika, lima lagi di Asia dan dua lagi di Timur Tengah.

Menurut Twitter rasmi Saudi Airlines, SAUDIA, semua penerbangan akan beroperasi dari dan ke Jeddah akan beroperasi di Terminal 1.

Selain itu, penumpang dinasihatkan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19.

Arab Saudi sebelum ini dilaporkan akan membenarkan operasi penerbangan antarabangsa secara berperingkat.

Selain itu, negara itu sudah membenarkan ibadah umrah secara berperingkat bermula kepada 6,000 penduduknya pada 4 Oktober lalu.

Selepas itu kapasiti akan dipertingkat sebelum umat Islam dari luar negara dibenarkan memasuki Arab Saudi untuk menunaikan umrah mulai 1 November.

INFO

Timur Tengah: Amman dan Dubai

Eropah dan Amerika Syarikat: Amsterdam, Frankfurt, Istanbul, London, Madrid, Paris dan Washington

Asia: Islamabad, Jakarta, Karachi, Kuala Lumpur, dan Manila

Afrika: Addis Adaba, Alexandria, Kaherah, Khaurtoum dan Nairobi.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19