‘Saya lepaskan jawatan Perdana Menteri’ – Shinzo Abe

Tokyo: Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, secara rasminya mengumumkan meletakkan jawatan, susulan masalah kesihatan dihadapi.

“Saya membuat keputusan untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri,” katanya pada sidang media hari ini.

Abe yang juga Perdana Menteri Jepun paling lama berkhidmat mendedahkan beliau menderita penyakit radang usus kronik atau UC (ulcerative colitis).

Menurutnya, beliau sudah menerima rawatan baharu untuk penyakit berkenaan, yang perlu dilakukan secara berkala, sekali gus tidak memberinya waktu mencukupi untuk melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri.