Serang dengan pisau pemotong daging

Paris: Seorang remaja lelaki ditahan pada Jumaat kerana menyerang dan mencederakan dua individu dengan menggunakan pisau pemotong daging berhampiran dengan premis yang pernah menempatkan pejabat majalah satira, Charlie Hebdo di sini.

Suspek yang dilahirkan di Pakistan dan berusia 18 tahun dikatakan bertindak demikian selepas penerbitan itu menerbitkan semula kartun yang didakwa menghina Naib Muhammad SAW.

Sumber berkata, lelaki itu ‘akan bertanggungjawab terhadap perbuatannya’.

Dalam kejadian itu, suspek dikatakan menyerang dua individu yang sedang menghisap rokok sebelum ditahan tidak jauh dari lokasi berkenaan tidak lama kemudian.

Polis turut menemui senjata yang digunakan dalam serangan berkenaan.

Setakat ini, pihak berkuasa sudah menahan individu bagi membantu siasatan.

Charlie Hebdo sebelum ini menimbulkan kemarahan terhadap umat Islam di seluruh dunia selepas menerbitkan kartun yang didakwa menghina Naib Muhammad SAW.

Pada 7 Januari 2015, 12 individu termasuk kartunis terkenal Perancis terbunuh dalam serangan di pejabat Charlie Hebdo.

Bagaimanapun, penerbitan majalah itu yang sudah berpindah ke pejabat baharu tetapi alamatnya dirahsiakan, menerbitkan semula kartun sama, baru-baru ini.

Ia dilakukan ketika perbicaraan individu yang bersubahat pada serangan 2015 akan berlangsung tiga minggu lagi.