Serba serbi ungu

SEOUL: Pulau Ungu. Itu keunikan tarikan pelancongan yang menanti pengunjung di sebuah pulau di Sinan terletak di wilayah Jeonnam, Korea Selatan.

Semuanya – sama ada – bangunan, jambatan dan jalan dicat dengan warna ungu.

Keindahan tarikan pelancongan ini mula menjadi perhatian pelancong tempatan yang berkunjung ke sini.

Ia selepas beberapa gambar yang memaparkan keunikan pulau ungu ini mula dimuat naik di media sosial.

Tiada yang pasti siapa yang bertanggungjawab mencetuskan idea untuk menukar dua kawasan daratan yang dihubungkan dengan jambatan ini sebagai Pulau Ungu.

Namun, pihak berkuasa sudah merancang untuk menanam 40,000 tumbuhan lavender dan pokok empress yang menghasilkan daun berwarna ungu di seluruh pulau ini.

Tarikan utama pulau ini terletak pada keindahan Jambatan Cheonsa. Struktur yang dicat dengan warna ungu ini menghubungkan Pulau Banwol dan Pulau Parkji.

Ia menjadi tumpuan pengunjung terutama pada malam.

Uniknya, bangunan termasuk hotel, restoran dan tandas di pulau ini juga turut dicat dengan warga ungu.