Sineenat kembali bergelar Peneman Diraja

Bangkok: Seorang wanita di Thailand yang sebelum dilucutkan pangkat sebagai Peneman Diraja, dibenarkan untuk menggunakan semula gelaran berkenaan.

Pegawai istana pada Rabu mengumumkan bahawa Sineenat, 35, kini boleh menggunakan gelaran itu di samping semua pangkat ketenteraannya.

Nikkei Asian Review melaporkan bahawa satu perintah berhubung perkara itu ditandatangani oleh Raja Thailand Raja Maha Vajiralongkorn, pada 28 Ogos.

Antara lain, perintah itu menyatakan bahawa wanita terbabit diampunkan atas kesalahannya sebelum ini.

Selain itu, semua pangkatnya dianggap tidak pernah dilucutkan.

Berdasarkan laporan media sebelum ini, Sineenat dianugerahkan gelaran Peneman Diraja yang juga dikenali sebagai Koi Wongvajirapakdi.

Ia dianugerahkan oleh Raja Thailand pada Hari Keputeraannya yang ke-67 pada Julai tahun lalu.

Ia adalah gelaran Peneman Diraja pertama yang dianugerahkan oleh Raja Thailand, sejak Raja

Chulalongkorn.

Bagaimanapun, kesemua gelaran dan anugerah yang dikurniakan kepada Sineenat dilucutkan beberapa bulan selepas itu.

Ia selepas wanita terbabit didakwa melakukan salah laku kerana ‘bercita-cita tinggi’ untuk menyamai kedudukan Permaisuri Thailand.

Tindakannya itu dikatakan mencemarkan institusi diraja kerana ‘tidak memberi penghormatan kepada raja dan tidak memahami tradisi kerajaan’, kata satu kenyataan

Berdasarkan biografi diraja, Sineenat dilahirkan pada 1985 di wilayah Nan, kira-kira 500 kilometer (km) dari Bangkok.

Selepas lulus daripada akademi jururawat tentera pada 2008, dia berkhidmat sebagai jururawat.

Wanita itu kemudian bertugas kakitangan istana pada 2012 dan berkhidmat kepada Maha Vajiralongkorn yang ketika itu adalah Putera Mahkota.

Sineenat kemudian ditugaskan sebagai pengawal peribadi raja sebelum dilantik sebagai kolonel tentera pada 2015 dengan pangkat sebagai mejar jeneral.

Ketika ini, Permaisuri Thailand adalah Ratu Suthida. Sebelum ini, Maha Vajiralongkorn mempunyai tiga bekas isteri.