Singapura catat 618 kes baharu Covid-19

REPUBLIK ini melaporkan 618 kes baharu jangkitan Covid-19 sehingga 12 tengah hari tadi.

Berita Harian Singapura melaporkan, berdasarkan kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH), kebanyakannya membabitkan pekerja asing yang tinggal di asrama.

Sementara itu, warga Singapura dan penduduk tetap membentuk tujuh kes baru.

Ini bermakna terdapat 12,693 kes jangkitan Covid-19, dengan 12 kematian di Singapura setakat ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19